Skip to main content

Bola Sepak

Lagi pemain keluar Arsenal menang trofi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

eddie.jpg
Seperti badi yang tiada kesudahan. Itulah kenyataan yang sesuai buat Arsenal selepas mencuba setiap musim untuk merangkul kejuaraan, namun tetap gagal.

Pemain yang berpindah keluar daripada Arsenal membuat keputusan tepat apabila mengubah nasib dengan berjaya mendapatkan koleksi peribadi dengan menjadi juara di kelab baru.

Serge Gnabry, Cesc Fabregas dan Robin van Persie serta beberapa bintang lain antara bekas pemain The Gunners yang berhasil menggondol trofi, sekali gus menjadi pemain yang menamatkan kemarau kemenangan, dan Arsenal masih lagi tetap tidak memenangi apa-apa.

 

Terbaru, penyerang Crystal Palace, Eddie Nketiah, menjadi sebahagian daripada kelab tersebut yang mendapatkan piala utama buat kali pertama dalam sejarah usai keluar daripada Arsenal musim lalu. 

Walaupun prestasi membanggakan dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sehingga menundukkan juara bertahan, Real Madrid, Arsenal tetap kempunan meraih gelaran selepas tewas kepada finalis, Paris-Saint Germain (PSG).

Lebih perit, skuad kendalian Mikel Arteta juga harus menunggu lebih lama untuk menjadi Raja Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Liverpool sudah mengesahkan kejuaraan sejak dua minggu lalu. 

Meskipun Arsenal pernah menjulang Piala FA Inggeris, namun penyokong tetap mahukan lebih daripada itu dan pemain juga turut menginginkan kejohanan lebih berprestij.
 

Advertisement

Must Watch Video