UCL
Lage bertanggungjawab selepas Benfica tewas kepada Zenit
ZENIT 3 BENFICA 1
Pengurus Benfica, Bruno Lage, mengambil sepenuhnya tanggungjawab selepas pasukannya tewas 1-3 kepada Zenit dengan juara Portugal itu masih gagal meraih sebarang mata dalam Liga Juara-Juara Eropah musim ini.
Selepas tewas 1-2 kepada RB Leipzig dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G, Benfica melakukan deretan kesilapan di bahagian pertahanan dalam perlawanan berat sebelah di Stadium Saint Petersburg awal pagi tadi, di mana jaringan sagu hati Raul de Tomas sudah terlalu lewat untuk menghidupkan harapan pasukannya.
Iklan
Artem Dzyuba membuka jaringan pada minit ke-21 selepas pertahanan Benfica, Lubomir Fejsa, melakukan kesilapan dalam kawasan penalti dan keadaan menjadi semakin buruk buat pelawat apabila Ruben Dias terjaring gol sendiri pada 20 minit terakhir.
Sardar Azmoun kemudian dibenarkan untuk melakukan larian bagi menjaringkan gol ketiga Zenit dan Lage mengakui kegagalan barisan pertahanannya.
"Saya yang memilih pemain, saya yang menentukan kesebelasan utama," katanya kepada wartawan.
"Saya yang menyediakan strategi dan saya berada di sini untuk bertanggugjawab sepenuhnya terhadap apa yang terjadi di atas padang.
"Faktanya, cara kami melepaskan gol pertama, kemudian jaringan sendiri dan kemudian cara kami dibolosi pada kali ketiga, telah memusnahkan keseluruhan aspirasi kami," katanya.
Melihat peluang pasukannya dengan masih terdapat empat perlawanan di peringkat kumpulan, Lage berkata: "Ia disebabkan apa yang telah terjadi kepada kami, faktor kecederaan telah menjejaskan kami.
"Kami sedang melihat kepada kempen lain. Ia dua kekalahan daripada dua perlawanan," tambahnya.
Must-Watch Video