Villareal mencerahkan peluang ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas jaringan tunggal Yeremy Pino memacu kemenangan tipis menundukkan Espanyol 1-0 di Stadium El Madrigal, awal pagi tadi.
Pada minit ke-30, Villarreal melakukan serangan pantas sehingga memperoleh jaringan pertama daripada Thierno Barry yang mudah meletakkan bola ke dalam gawang gol Espanyol tetapi gol itu terpaksa dibatalkan susulan dia berada dalam kedudukan ofsaid.
Masuk babak kedua perlawanan, anak buah Manuel Gonzalez, melakukan percubaan bahaya menerusi sepakan percuma pada minit ke-49 yang diambil Carlos Romero, namun hanya melewati palang gol.
Selang dua minit kemudiann, Villarreal tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan perlawanan menerusi Yeremy Pino yang mudah menyempurnakan hantaran dari Nicolas Pepe.
Gol tunggal itu meletakkan Villarreal kekal di tangga kelima dengan 55 mata daripada 33 perlawanan LaLiga yang masih berbaki lima perlawanan.

¡Nada como volver a ganar en casa! Un pasito más cerca, groguets ? pic.twitter.com/u8M4fgHbSi
— Villarreal CF (@VillarrealCF) April 27, 2025