Skip to main content

Bola Sepak

LA LIGA: Real Valladolid pulang ke Liga Segunda

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

valladolid-vs-girona.jpg
Hanya bertahan satu musim sahaja, pasukan Real Valladolid kembali ke Liga Segunda musim depan selepas menduduki dasar carta liga.

Pasukan yang menduduki kedudukan ke-3 liga musim lalu, Girona dipaksa berhempas pulas sebelum cipta kemenangan tipis 1-0 ke atas Valladolid. Girona kini akan mengakhiri kempen di kedudukan pertengahan liga selepas kehilangan pemain utama buat saingan musim ini.

Jaringan kemenangan Girona hadir pada minit ke-80 hasil rembatan jarak dekat Cristhian Stuani menggegarkan gawang Valladolid. Itu menjadi gol tunggal perlawanan dan beri 3 mata penuh buat pasukan Girona.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video