Skip to main content

Bola Sepak

La Liga : Real Sociedad huni kelompok 5 terbaik liga selepas benam Villarreal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dd.png
Tiga serangkai Takefusa Kubo, Martin Zubimendi dan Mikel Merino pastikan pasukan pelawat raih 3 mata penuh di laman Villarreal pada awal pagi Ahad meletakkan Real Sociedad di kedudukan kelima liga dengan satu mata di depan Athletic Bilbao, 29 mata.

Kedua-dua pasukan tampil dengan motivasi terbaik dengan misi kekal momentum tanpa tewas dalam 5 dan 6 aksi terakhir!

Namun Merino terlebih dahulu meletakkan Sociedad di depan menerusi tandukkan sempurna hasil hantaran sudut yang tepat ke arahnya pada minit ke-38.

Belum sempat menarik nafas buat seketika, pasukan pelawat hanya mengambil tiga minit untuk menggandakan jaringan dan kali ini menerusi sentuhan Zubimendi.

Tuan rumah punyai peluang emas di penghujung babak pertama ketika ruang terbuka buat Dani Parejo melepaskan rembatan namun mudah dibaca penjaga gol lawan.

Lebih memeritkan sebelum babak pertama berakhir, tuan rumah sekali lagi dihukum dengan jaringan ketiga diledak pemain dari Jepun, Take Kubo untuk kukuhkan cengkaman tiga mata penuh hingga ke wisel penamat.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video