Skip to main content

Bola Sepak

LA LIGA: Las Palmas lemas di zon merah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sevilla-vs-las-palmas.jpg
Hasrat Las Palmas untuk keluar dari zon penyingkiran semakin pudar selepas tewas buat kali ke-4 berturut-turut. Terbaru, mereka tewas tipis 0-1 kepada Sevilla di tempat lawan.

Las Palmas hampir raih jaringan pertama pada minit ke-14 percubaan kaki kanan Adnan Januzaj. Namun penjaga gawang, Orjan Nyland menyelamatkan kubunya daripada dibolosi.

Jaringan kemenangan Sevilla hadir pada minit ke-52 hasil tandukkan Garcia Pascual yang menerjah gawang Las Palmas. Jaringan penyamaan oleh Oliver Mcburnie dibatalkan kerana Marc Cardona ditangkap melakukan kekasaran kepada penjaga gol.

Las Palmas berbaki 2 perlawanan sahaja lagi untuk cipta kemenangan jika ingin terus bersaing di saingan La Liga.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video