Penalti Robert Lewandowski dalam separuh masa pertama memacu Barcelona menewaskan Rayo Vallecano 1-0 untuk kembali ke puncak La Liga ketika ini.
Barcelona bermula baik dalam separuh masa pertama selepas mendapat beberapa peluang tetapi dinafikan penjaga gawang Vallecano, Augusto Batalla.
Begitupun, Barcelona dihadiahkan sepakan penalti selepas pengadil perlawanan melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan mendapati Inigo Martinez dikasari pemain lawan.
Ketenangan Lewandowski memastikan Barca mendahului 1-0 pada minit ke-28 sekali gus menambah koleksi jaringannya yang ke-20 musim ini.
Walaupun tidak berada dalam momentum terbaik, Barcelona memastikan mereka memberikan tekanan dan saingan kepada pencabar terdekat iaitu Real Madrid.
Untuk rekod, sepakan penalti Lewandowski merupakan sepakan penalti keempat yang diberikan kepada mereka musim ini.

Camaraderie. ? pic.twitter.com/rHn4Wducl9
— FC Barcelona (@FCBarcelona) February 18, 2025
Ketenangan Lewandowski memastikan Barca mendahului 1-0 pada minit ke-28 sekali gus menambah koleksi jaringannya yang ke-20 musim ini.
Walaupun tidak berada dalam momentum terbaik, Barcelona memastikan mereka memberikan tekanan dan saingan kepada pencabar terdekat iaitu Real Madrid.
Barça are BACK ON TOP. ?
— LALIGA English (@LaLigaEN) February 17, 2025
WHAT A TITLE RACE! ? pic.twitter.com/FhcUT6DI57