Skip to main content

Bola Sepak

LA LIGA: Celta Vigo hampir ke Liga Europa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sociedad-vs-celta-vigo.jpg
Saingan La Liga minggu ke-36 menyaksikan Celta Vigo kukuhkan kedudukan di kelompok 10 terbaik selepas menewaskan Real Sociedad 1-0.

Jaringan tunggal perlawanan hadir pada minit ke-44 hasil jaringan Alfonso Gonzalez. Serangan balas yang pantas dilakukan pemain Celta Vigo berjaya menewaskan pertahanan Sociedad. Lorongan dilakukan Borja Iglesias tepat menemui Gonzalez sebelum menggegarkan gawang pihak lawan.

Kali terakhir Celta Vigo bermain di saingan Liga Europa adalah pada musim 2016-2017. Kini mereka menduduki kedudukan ke-7 liga dan meneruskan misi mereka untuk memastikan slot Liga Europa musim depan milik mereka.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video