Skip to main content

Bola Sepak

La Liga: Barcelona benam Real Sociedad untuk kembali ke puncak liga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

barca.jpg
BARCELONA 4 REAL SOCIEDAD 0

Barcelona kembali menduduki puncak La Liga selepas menewaskan Real Sociedad 4-0 yang beraksi dengan 10 pemain di laman sendiri awal pagi tadi.


Skuad kendalian Hansi Flick melakar kemenangan ketujuh berturut-turut untuk berada di tangga teratas carta liga dengan 57 mata selepas 26 perlawanan.

Gol Barca hadir menerusi Gerard Martin dan Marc Casado dalam separuh masa pertama sebelum Ronald Araujo menjaringkan gol sulungnya dalam kempen liga musim ini dan ditutup dengan jaringan keempat oleh Robert Lewandowski selang empat minit kemudian.




 
Untuk rekod, Lewandowski telah menjaringkan 34 gol dalam 37 penampilannya musim ini, malah lebih banyak daripada mana-mana pemain dalam lima liga utama di Eropah.

Malah, Barcelona telah mengumpul 124 gol sepanjang 40 perlawanan musim ini dalam semua kejohanan dan jumlah itu merupakan paling banyak buat pasukan dalam La Liga sejak Real Madrid pada 1959/60 (132 gol).

Barcelona akan berdepan Benfica dalam aksi Liga Juara-Juara UEFA (UCL) Khamis ini, sebelum menerima kunjungan Osasuna pada 9 Mac ini.

Pencabar terdekat kelab itu adalah Atletico Madrid di tangga kedua dengan 57 mata dan Real Madrid 54 mata.

Advertisement

Must Watch Video