Skip to main content

Bola Sepak

Kylian Mbappe sudah keluar hospital selepas alami masalah perut

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kylian.jpg
Penyerang berbisa Real Madrid, Kylian Mbappe, disahkan telah keluar daripada hospital selepas susulan mengalami masalah gastroenteritis akut.

Sebelum ini, Real Madrid mengumumkan bahawa pemain berusia 26 tahun itu terpaksa dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Namun, hari ini Madrid berkongsikan bahawa Mbappe telah kembali ke kem latihan pasukan dan akan "meneruskan rawatan perubatan khusus dan secara beransur-ansur akan menjalani aktiviti latihan bersama pasukan"." katanya.

 


Dia terlepas latihan pada hari Selasa serta perlawanan pembukaan Piala Dunia Kelab berdepan Al-Hilal pada Rabu dengan menyaksikan pasukannya terikat 1-1.

Skuad kendalian Xabi Alonso itu akan menentang Pachuca pada Ahad ini dengan Mbappe masih belum disahkan akan dapat memperkuatkan pasukannya itu lagi. 

Advertisement

Must Watch Video