Kylian Mbappe mengatasi rekod jaringan ikon bola sepak dunia dari Brazil, Ronaldo Nazario, ketika menjaringkan gol berganda sewaktu Real Madrid bangkit menewaskan Villarreal dalam perlawanan LaLiga di El Madrigal awal pagi tadi.
Mbappe menghasilkan dua gol dalam temnpoh enam minit, sekali gus mengatasi rekod jaringan yang dilakukan Ronaldo dalam musim pertamanya di Santiago Bernabeu.
Ronaldo menjaringkan 30 gol dalam kesemua pertandingan sewaktu musim pertamanya di Madrid tetapi dengan dua jaringan pantas berkenaan, Mbappe mengatasi rekod itu dengan 31 gol dalam musim pertamanya setakat ini.
Kejayaan itu juga menyaksikan dia hanya kekurangan dua gol berbanding rekod terbanyak 33 gol dalam musim pertama yang dilakukan Cristiano Ronaldo dan Ruud van Nistelrooy.

Mbappe now has more goals in his first season with Madrid than Ronaldo Názario did ? pic.twitter.com/7TyxgUZJHo
— ESPN FC (@ESPNFC) March 15, 2025