Pemain import serba boleh kelab PDRM, Kyaw Min Oo, teruja untuk terus kekal menabur bakti bersama 'The Cops' bagi musim ketiga berturut-turut meskipun mempunyai tawaran daripada beberapa kelab lain.
Ujar tonggak berusia 28 tahun yang juga merupakan model sambilan itu, faktor utama dia memilih untuk kekal bersama kelab yang berpangkalan di Pulapol itu adalah kerana ingin menghargai jasa pihak pengurusan yang sentiasa percaya kepada kemampuannya sejak hadir ke Kuala Lumpur pada musim 2023.
"Gembira berpeluang kembali bersama PDRM. Walaupun mendapat beberapa tawaran lagi, PDRM bagaikan keluarga kedua saya.
"PDRM telah banyak membantu saya," katanya.
Pemain antarabangsa Myanmar itu berharap dapat memanfaatkan sebaik mungkin tempoh pramusim ketika ini dalam usaha bentuk keserasian di samping majoriti pemain baru yang menyarung jersi PDRM.
Antara pencapaian terbaik Min Oo bersama PDRM ialah menjuarai Challenge Cup 2023 selain muncul naib juara pada edisi 2024/2025.
"Kami sedang giat menjalani latihan sambil menantikan kehadiran muka baru.
"Sukar apabila berdepan rombakan tetapi dengan bantuan jurulatih dan rakan sepasukan, kami pastinya mampu memberikan cabaran," katanya lagi.