Skip to main content

Bola Sepak

KV Kortrijk sahkan Luqman Hakim terima panggilan skuad senior kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luqman-hakim.jpg
Luqman Hakim Shamsudin berpeluang mewakili skuad senior kebangsaan menjelang pusingan kedua kelayakan Piala Dunia/Piala Asia, Jun depan.

Ia selepas kelabnya, KV Kortrijk, mengesahkan penyerang muda berusia 19 tahun itu akan pulang ke Malaysia bagi bersama skuad senior kebangsaan.

Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu mula mencipta sensasi apabila sah mengikat kontrak lima tahun bersama kelab Belgium itu pada 20 September 2019.

Pada 20 Oktober lalu, Luqman Hakim melakukan penampilan pertamanya bersama skuad senior Kortrijk selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-74 dalam perlawanan menentang Anderlecht.

Dia juga pernah menjadi penjaring terbanyak Kejohanan AFC B-16 pada 2018  sebelum membantu skuad B-19 negara layak ke final Kejohanan Remaja AFF setahun kemudian.


 

First call-up to the Malaysia senior squad ✅ Good luck, Luqie! ?? ?⚪️ #WeDoenVoort

Posted by KV Kortrijk on Saturday, 13 March 2021

Advertisement

Must Watch Video