Skip to main content

Bola Sepak

Kurang mantap di bahagian tengah, sampai masa Cklamovski panggil Wan Kuzain?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kuzain.jpg
Skuad negara menewaskan Singapura 2-1 dalam satu perlawanan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam kelmarin.

Di sebalik kemenangan itu, ramai beranggapan jentera tengah Harimau Malaya kurang mantap tanpa perancang utama, Hector Hevel.

Hector dilaporkan terlepas aksi antarabangsa bulan ini gara-gara kecederaan dan status kecergasannya masih belum diketahui umum.

Dengan Harimau Malaya kelihatan memerlukan seorang perancang kreatif di bahagian tengah, adakah sudah sampai masanya untuk ketua jurulatih, Peter Cklamovski, memanggil pemain tengah yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal?

Wan Kuzain berada dalam senarai bersedia dalam panggilan kebangsaan bulan ini dan ia bermakna, pemain berusia 26 tahun itu sedang berada dalam pemantauan Cklamovski.

Perancang St Louis City 2 itu beraksi cemerlang sejak kembali daripada kecederaan jangka panjang pada Mac lalu, di mana dia membantu kelab MLX Next Pro itu menempa rekod 14 kemenangan berturut-turut sebelum tewas kepada Houston Dynamo 2 dalam penentuan sepakan penalti awal bulan ini.

Musim ini, dia telah beraksi sebanyak 17 perlawanan dan mendaftarkan satu jaringan dan dua bantuan gol selain dilihat kerap menjana gerakan serangan kelab itu dari kawasan bertahan.

Dalam pada itu, skuad negara akan berdepan Palestin bagi satu lagi perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada Isnin ini. 


 

Advertisement

Must Watch Video