Skip to main content

Bola Sepak

KUFC sah rehatkan Tomas Trucha

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

trucha.jpg
Pengarah eksekutif Kelantan United FC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz, mengesahkan ketua jurulatih, Tomas Trucha kini direhatkan dan akan kembali menyertai pasukan pada bulan depan.

Keputusan drastik itu diambil susulan prestasi hambar Kijang Hijau dalam kempen Liga Super setakat ini.

Ikman menegaskan pihak pengurusan KUFC terpaksa merehatkan Trucha selepas pasukan tidak menunjukkan perkembangan positif dalam enam perlawanan terdahulu.

Tambahnya, pihak pengurusan kini sedang meneliti untuk penstrukturan semula kelab dan tidak menolak kemungkinan Trucha diberikan peranan selaku Pengarah Teknikal KUFC selepas ini.

Sepanjang tempoh bertenang pengendali kelahiran Republik Czech itu, KUFC akan dikendalikan pembantu jurulatih, Nazrulerwan Makmor untuk aksi sepanjang bulan Ramadan ini.

Untuk rekod selepas tujuh aksi Liga Super, Kelantan United kini menghuni kedudukan tercorot liga hasil dua keputusan seri serta lima kali tewas.



"Kami merehatkan Trucha sehingga tamat bulan ini. Saya telah memaklumkan Trucha sehingga tamat bulan Ramadan. Ia adalah keputusan sementara dan menilai semula apa yang diperlukan pasukan," katanya. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video