Skip to main content

Bola Sepak

Kuching City umum Jordan Mintah kini berstatus pemain tempatan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mointah.jpg
Kuching City secara rasminya mengumumkan Jordan Mintah kini berstatus pemain tempatan selepas proses naturalisasi penyerang berusia 29 tahun itu selesai.

Menerusi ciapan wartawan, Fadhirul Shuhaimi, pemain yang berkhidmat bersama Kuching City itu bakal memegang status selaku pemain tempatan.
 

Selepas 22 penampilan, 15 gol telah dihasilkan oleh Jordan bersama Kuching.  

Pemain itu turut pernah mewakili Terengganu dan KL City sejak mula berkelana Malaysia beraksi dalam saingan Liga Malaysia.
   
Jordan Mintah pemain naturalisasi ke-9 negara selepas Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi, Guilherme de Paula, Sergio Aguero, Lee Tuck, Romel Morales, Paulo Josue dan Endrick dos Santos.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video