Skip to main content

Bola Sepak

Kuching City FC elak gawang mudah dirobek Selangor FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

irfan-bakti-kuching-city.jpg
Ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim, menggesa anak buahnya agar segera bangkit memperbaiki prestasi dalam melaksanakan misi keluar dari kelompok pasukan bawahan Liga Super.

Sedar tekanan kian memuncak, Irfan Bakti tetap menaruh kepercayaan penuh kepada barisan pemainnya, di tambah pula dengan kehadiran tiga tonggak import baru yang ditandatangani kelab dalam jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Dan ketika ditanya mengenai persiapan untuk perlawanan seterusnya berdepan ketika Selangor FC di tempat lawan, pengendali berusia 72 tahun itu menakui cabaran getir menanti Kuching City, namun tidak mustahil untuk 'The Cats' mencipta kejutan sekurang-kurangnya meraih satu mata di Stadium MBPJ.

Selepas 13 perlawanan, Kuching City menghuni kedudukan ke-12 hasil satu kemenangan, tiga kali seri dan sembilan kali tewas.

"Kami tetap teruskan latihan seperti biasa. 





"Walaupun kami tidak dapat mengatur perlawanan persahabatan (dengan kelab utama), kami dapat bertemu kelab tempatan jadi itu sahaja yang kami mampu lakukan. 

"Selangor pasukan yang kuat dan elit dalam liga. 

"Kami cuma mahu mengelakkan mereka daripada membuat serangan mudah. Jadi saya mengharapkan kerja keras daripada pemain. 

"Demi elak daripada tersingkir, kami perlu mengutip seberapa banyak mata terutama di tempat sendiri," katanya di Nadi Weekend sebentar tadi.



 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video