Ketua jurulatih Itali, Luciano Spalletti, menganggap bahawa posisinya mungkin dalam bahaya berikutan kekalahan 3-0 Azzurri kepada Norway dalam Kelayakan Piala Dunia, kelmarin.
Dia mengakui 'kualiti yang dimiliki anak buahnya tidak mencukupi' tanpa keyakinan.
Pasukan di ranking kesembilan dunia itu mengharungi permulaan yang buruk selepas dibolosi tiga kali pada separuh masa pertama di Oslo.
Pemenang Piala Dunia empat kali itu gagal melayakkan diri untuk setiap dua edisi terakhir kejohanan, manakala mereka kini tewas berturut-turut dalam kelayakan buat kali pertama dalam sejarah mereka.
Ia sudah menjadi tamparan buat Azzurri, yang hanya mencatatkan satu kemenangan, dengan hanya pasukan teratas dalam setiap kumpulan layak terus ke pusingan akhir di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.
"Selepas ketinggalan 2-0, pihak lawan mula bermain secara perlahan dan bertahan dengan baik mengakibatkan sukar untuk kami mencari ruang.
"Ini bukan diri kami kerana, daripada segi individu, kami boleh melakukan lebih baik, tetapi anda juga boleh melihat ini adalah saat yang sukar. Ini adalah skuad yang saya pilih dan akan terus bersama," katanya.