Skip to main content

Bola Sepak

Kuala Lumpur United pelopor kerjasama eksklusif Astro

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

astro_1.jpg
Kuala Lumpur United FC (KLUFC) muncul pasukan pertama Liga Malaysia (Liga-M) yang menjalinkan kerjasama eksklusif bersama Astro.

Pasukan Lembah Klang itu -- yang akan diketuai jurulatih berpengalaman, Bojan Hodak --  akan bertanding dalam Liga Super musim ini selepas meraih tangga ketiga dalam Liga Perdana musim lalu. 

Dalam Majlis Pengenalan Pasukan KLUFC musim 2021 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi, Astro mengumumkan perjanjian menerbitkan siri dokumen berkaitan KLUFC seperti persiapan, sesi mesyuarat pasukan dan situasi di bilik persalinan. 

Ketua Bahagian Sukan Astro, Lee Choong Khay, turut mendedahkan sebuah perlawanan pra-musim melibatkan KLUFC dengan Selangor yang akan dilangsungkan menerusi pentas Piala Menteri Wilayah Persekutuan -- Piala Prihatin. 

"Peminat bola sepak Malaysia amat bersemangat. Kita tidak pernah menyaksikan kandungan eksklusif seperti di belakang tabir, bilik persalinan , mesyuarat bersama barisan pemain dan jurulatih, itulah yang mahu ditonton oleh peminat kita. 

"Selain itu, Astro juga akan menyiarkan sebuah perlawanan 'derby' istimewa di gelanggang berkecuali.

"Kami berharap kerjasama ini akan memberikan kandungan bermakna buat peminat bola sepak," katanya. 


 

The lads #sampaimatikualalumpur #kualalumpur #ligasuper2021 #klunited

Posted by Kuala Lumpur United on Wednesday, February 17, 2021


Perlawanan yang julung kalinya di Shah Alam itu akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro 825, dari jam 8.00 malam pada 27 Februari depan. 

Bagi pelanggan bukan pakej sukan Astro pula boleh menontonnya dengan membeli pas bernilai RM2.99

Hasil kutipan perlawanan itu membabitkan penajaan akan disalurkan untuk tujuan kebajikan. 

"DBKL merupakan (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan secara tradisinya menjadi penaja utama kami, saya harap ia berterusan dengan membawa nama Kuala Lumpur, kejayaan menjadi matlamat utama. 

"Ia juga akan mengharumkan nama Kuala Lumpur dan DBKL.

"Kami juga banyak bergantung kepada kemudahan DBKL termasuk stadium walaupun berbeza pegangan politik," kata Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abd Samad dalam sidang media. 


 

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, yang pernah menerajui Kelantan menjuarai kejayaan 'treble' pada 2013 berbesar hati untuk melihat kerjasama ini, lebih-lebih demi budaya sukan yang diamalkan warga kota. 

"Dalam konteks (penajaan untuk) KLUFC, kebetulan waktu ini saya memikulkan tanggungjawab sebagai Menteri Wilayah Persekutuan (jadi) apa-apa yang menyumbangkan kemajuan, saya lihat ia potensi peranan yang cukup besar selain aspek keprihatian kepada anak-anak muda, ini kerana sukan sesuatu yang amat dekat dengan anak muda Kuala Lumpur," katanya. 

Dalam masa sama, Hodak bersikap merendah diri sambil meletakkan misi kekal dalam Liga Super pada musim depan.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video