Skip to main content

Bola Sepak

Kuala Lumpur FA terima tajaan RM5j

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syed-yazid-klfa.jpg

Syed Yazid Syed Omar mengotakan janjinya apabila membawa masuk penaja baru untuk bersama Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA).

Penaja dari sektor swasta itu bersedia menjadi rakan strategik persatuan menerusi tawaran tajaan antara RM4 hingga RM5 juta dan kerjasama tersebut dijangka berlarutan sehingga akhir musim ini iaitu pada April 2025.

“Alhamdulillah, sudah ada pihak ingin bersama kami menerusi tajaan antara RM4 hingga RM5 juta.

“Kerjasama ini adalah untuk tempoh sehingga akhir musim ini,” katanya.

Syed Yazid dipilih menerajui KLFA selepas mengenepikan pesaingnya iaitu pemangku presiden, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid, dalam Kongres ke-35 persatuan itu pada 12 Oktober lalu.

Malah, khabar gembira juga buat pemain Kuala Lumpur (KL) City FC apabila tunggakan gaji selama sebulan dijangka dibayar pada hari ini. 




Syed Yazid berkata, bayaran yang melibatkan gaji Oktober itu sudah dibayar pada Khamis lalu, namun terdapat masalah teknikal di pihak bank sehingga berlaku sedikit kelewatan.

“Saya sudah berbincang dengan pemain bahawa mereka akan memperoleh gaji secara konsisten bermula Oktober.

“Tunggakan gaji sebelum saya mengambil alih KLFA (sebagai presiden) pula akan dibayar secara berperingkat sehingga selesai," katanya.

KLFA ketika ini berkolaborasi dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi tajaan berjumlah RM5 juta semusim.

Kredit: Sinar Harian 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video