Skip to main content

Bola Sepak

Kuala Lumpur City sedia teruskan perjuangan tanpa Bojan Hodak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

t-saravanan.jpg
Pemain tengah Kuala Lumpur City, T Saravanan,  mengakui terasa kekurangan dengan ketiadaan bekas ketua jurulatih Warga Kota, Bojan Hodak, merujuk kepada sesi latihan hambar semalam sejak pengendali itu mengumumkan akan ke Persib Bandung.

Pengendali dari Croatia itu merupakan individu penting membentuk dirinya kepada pemain yang lebih matang sebaik dipancing musim lalu.

"Dalam latihan petang semalam pun, kami tidak berbincang mengenai tentang Hodak. 

"Tiada lagi laungan arahannya ketika berlatih, sesi latihan kami bagaikan sepi. 

"Tapi kami perlu sesuaikan diri dengan keadaan," katanya sidang media hari ini.



Bagaimanapun, kelangsungan dalam pasukan perlu diteruskan, apatah lagi KL City memiliki tugasan besar bertemu Kelantan FC di Cheras, petang esok.

Tegasnya, tiga mata adalah keperluan utama selain pengubat kepada kekecewaan tewas di pentas final Piala FA hujung minggu lalu.

"Yang paling utama kami perlu kutip mata dengan berikan persembahan baik untuk pasukan dan penyokong. 

"Saya mahu beraksi dengan lebih baik lagi selepas ini," katanya lagi.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video