LIGA SUPER MSIA
Kuala Lumpur City ketepikan soal keletihan -- Kenny Palraj
Kenny Palraj sanggup mengetepikan faktor keletihan dalam merealisasikan misi tiga mata Kuala Lumpur City apabila menentang Selangor dalam 'Derby' Lembah Klang Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini.
Biarpun pemain berusia 31 tahun itu mengakui The City Boys berdepan jadual padat, situasi tersebut tidak menjejaskan semangat pasukan untuk mempamerkan aksi terbaik.
“Bagi saya, jadual kami memang padat dan risau dengan keadaan pemain kerana baru sahaja balik daripada perlawanan Kejuaraan Kelab ASEAN.
Iklan
"Namun, kami sudah bersedia segalanya sebelum perlawanan itu kerana kita sedar hanya tinggal sehari untuk berlatih sebelum bertemu Selangor FC.
“Kami akan bagi yang terbaik kerana saya juga menjangkakan satu permainan terbaik daripada pasukan. Bukan hanya dengan Selangor kami mahu menang, namun semua perlawanan yang kami turun, kami inginkan kemenangan.
“Mahu atau tidak, kami kena ketepikan kepenatan untuk tempuh perlawanan ini. Mana-mana pemain akan fokus sepenuhnya terhadap perlawanan akan datang dan tidak memikirkan soal penat lelah daripada perlawanan sebelum ini, demi mendapatkan tiga mata,” katanya.
City Boys bimbingan Miroslav Kuljanac sebelum ini mengharungi Kejuaraan Kelab ASEAN di Singapura yang menyaksikan mereka tewas 0-2 kepada kelab Lion City Sailors pada Khamis lalu.
Sebagai rekod, pertemuan terakhir KL City menentang Selangor berakhir dengan City Boys menundukkan The Red Giants, 1-0.
Kredit: Sinar Harian
Must-Watch Video