Skip to main content

Bola Sepak

Krychowiak berang tapi enggan pindah pasukan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

krychowiak-angry-but-won-t-walk-out-on-psg.jpg

Grzegorz Krychowiak mengakui dia kecewa dengan situasi yang melandanya di Paris Saint-Germain (PSG) tetapi menegaskan dia tidak akan mencari alasan untuk berhijrah.

Pemain antarabangsa Poland itu beraksi cemerlang bersama Unai Emery ketika di Sevilla sebelum menyertai jurulatih itu di PSG dengan yuran perpindahan €30 juta (RM140 juta), Julai lalu.

Bagaimanapun, pemain berusia 27 tahun itu hanya membuat enam penampilan dalam kesebelasan utama dalam Ligue 1 musim ini.

Meskipun mengakui dia terlepas beberapa perlawanan penting dalam kariernya, Krychowiak berkata "tidak masuk akal" untuk berhijrah apabila hanya berada di Parc des Princes kurang enam bulan.

"Saya berada dalam situasi sukar tetapi ramai pemain hebat telah menempuh pengalaman seperti ini," bekas pemain Reims itu memberitahu Sport.pl.

"Walaupun saya tidak menjangkakan perkara ini, iai satu ujian dan saya perlu menghadapinya. 

"Saya akan kekal optimis. Saya tiada pilihan selain meneruskan kerja keras.

"Ini adalah kali pertama dalam karier saya bergelut untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama. Walaupun saya marah dan mempersoalkan kedudukan saya, saya perlu mencari jawapan itu di atas padang.

"Saya tidak terlintas untuk berhijrah kerana tindakan itu tidak masuk akal."

Advertisement

Must Watch Video