Kelab Bundesliga, Hoffenheim, telah memperbaharui kontrak Andrej Kramaric, menyaksikan penyerang berusia 27 tahun itu bakal kekal sehingga musim 2021/22.
Penggempur Croatia itu menambah tempoh dua tahun dalam kontraknya sebelum ini selepas pihak kelab gembira dengan pencapaiannya mencatat 28 gol dalam dua musim terakhir.
Komitmen yang dipamerkan Kramaric jelas menjadi pencetus semangat buat pasukannya setelah pengendali, Julian Nagelsmann, bakal berhijrah ke RB Leipzig, musim depan.
Kramaric, yang beraksi dalam kesemua tujuh perlawanan Piala Dunia 2018, menyifatkan perkembangan hebat dalam pasukan sebagai faktor untuk menandatangani kontrak baru.
"Segalanya bagus di sini dan saya sangat gembira," katanya.
"Saya amat menghargai peluang yang diberikan dan mahu bekerja keras untuk terus meningkat bersama pasukan."
Hoffenheim akan berdepan Kaiserslautern dalam aksi pusingan pertama Piala Jerman, malam ini, sebelum memulakan saingan Bundesliga menentang juara bertahan, Bayern Munich, di tempat lawan Jumaat depan.