BOLA SEPAK
KPG sebak mengenangkan nasib Faisal Halim
Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon (KPG), beremosi mengenangkan nasib yang menimpa pemainnya, Faisal Halim, yang menjadi mangsa simbahan asid, sebelum ini.
Menjelang aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia, jurulatih daripada Korea Selatan itu kesal kerana tidak dapat menggunakan khidmat pemain Selangor itu sebagai tonggak penting skuad negara menghadapi Kyrgyzstan dan Chinese Taipei.
Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, KPG sangat berduka sambil menitiskan air mata tentang perkara itu ketika ditemu bual mengenai persiapan pasukan kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Selain itu, nama besar seperti Arif Aiman Hanapi turut tidak dipanggil pada kali ini ekoran kecederaan yang membelenggu dirinya selain Syafiq Ahmad yang terpaksa dikeluarkan akibat menerima kecederaan ketika menetang Perak, tempoh hari.