Skip to main content

Bola Sepak

Kpah Sherman sertai sesi latihan KL City minggu depan, Endrick tunggu 'lampu hijau' JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kpah.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid Syed Omar, mendedahkan pemain import iaitu Kpah Sherman bakal turun latihan penuh bermula minggu depan manakala status Endrick Dos Santos pula hanya menunggu lampu hijau daripada Johor Darul Ta'zim (JDT).

Keperluan kedua-dua pemain ini mampu memberikan nilai tambah buat skuad Warga Kota itu yang memiliki rencana besar musim depan.

Dengan melabelkan rundingan bagi mendapatkan Endrick dalam situasi yang positif, KL City dan Syed Yazid yakin berita baik itu akan diterima dalam masa terdekat ini.

"Bagi Kpah dah rasmi dia akan sertai sesi latihan minggu depan, Endrick masih dalam perbincangan," katanya.





Lebihan pemain KL membuatkan Syed Yazid terfikir untuk meminjamkan 12 pemain B-23 mereka ke pasukan lain.

"Kami akan pinjamkan beberapa pemain B-23, ada empat pemain dapat panggilan skuad B-23 negara, dan daripada empat itu tiga akan dipinjamkan." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video