Koulibaly tinggalkan Chelsea, sertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal
Muzaffar Musa
Jun 26, 2023 08:57 MYT
Jun 26, 2023 08:57 MYT
Kalidou Koulibaly meninggalkan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, hanya selepas semusim apabila sah menyertai kelab Liga Arab Saudi, Al-Hilal.
Kapten Senegal itu berpindah ke England dari Napoli musim panas lalu dengan kontrak selama empat tahun dan kesepakatan yang dilaporkan bernilai £34 juta (RM202.49).
Pertahanan tengah itu melakukan 32 penampilan buat Chelsea sepanjang musim sukar lalu tetapi kini memilih untuk meninggalkan Stamford Bridge.
Kalidou Koulibaly has completed a move to @Alhilal_FC. ✍️
— Chelsea FC (@ChelseaFC) June 25, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa pemain berprofil tinggi mula menyertai Liga Profesional Saudi sepanjang enam bulan ini.
Karim Benzema terlebih dahulu bersetuju untuk menyertai Al-Ittihad selepas 14 musim bersama Real Madrid, tidak lama selepas Ronaldo menyertai Al Nassr daripada Manchester United hujung tahun lalu.
Kapten Wolves, Ruben Navas, turut bersetuju dengan perpindahan bernilai £47 juta (RM279.91) untuk menyertai Al-Hilal.