Skip to main content

Bola Sepak

Koronavirus: Wolves sekat swafoto, jabat tangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

wolves.jpg
Pemain Wolves dilarang untuk mengambil swafoto bersama peminat buat sementara waktu sebagai sebahagian daripada usaha untuk membendung penyebarkan wabak novel koranavirus baru (covid-19).

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) telah melaksanakan langkah-langkah untuk "mengurangkan risiko kesihatan" selepas kerajaan Inggeris menaikkan tahap risiko awam kepada sederhana.

Langkah-langkah yang diambil termasuklah arahan melarang pemain dan kakitangan Wolves supaya mengelakkan "sebarang pertemuan yang tidak perlu, makan tengah hari atau penglibatan di tempat awam selain mengelak daripada berinteraksi dengan peminat dengan berswafoto atau menurunkan tanda tangan."

Dalam satu kenyataan, kelab itu menerangkan: "Walaupun kami mengakui bahawa ini akan mengecewakan sesetengah penyokong, kami ingin menekankan bahawa ini merupakan langkah sementara untuk melindungi kesejahteraan berterusan skuad Wolves dan ia merupakan satu keputusan yang tidak boleh diambil ringan.

 
"Di samping itu, pemain dan kakitangan Wolves juga diarahkan supaya mengelakkan berjabat tangan kerana senyuman dan ucapan peribadi sudah mencukupi."

Newcastle United pada minggu lalu turut mengumumkan larangan pemain untuk berjabat tangan bagi menghadkan potensi penyebaran virus itu.

Bahan pencuci tangan akan ditambah di semua pintu masuk Stadium Molineux dan pusat latihan Compton termasuk di meja makan dan bilik mandi.

Kelab itu juga akan mengambil panduan yang dikeluarkan pihak pentadbir EPL, kerajaan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai prospek yang boleh menjejaskan jadual perlawanan. 

Tiada perlawanan yang ditunda di England akibat ancaman wabak itu tetapi beberapa perlawanan di Itali telah terganggu sementara kesemua perlawanan dua divisyen teratas di Switzerland telah pun dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video