Juventus bertindak mengkuarantin seluruh skuad B-23 mereka dan menghentikan latihan pasukan itu selepas pemain pasukan lawan, Pianese, yang dihadapi baru-baru ini diuji positif wabak novel koronavirus baru (corvid-19).
Skuad kedua Bianconeri tersebut menghadapi seteru Serie C, Pianese, di Turin pada hujung minggu lalu dan sejak itu kelab yang berpangkalan di Piancastagnaio, Tuscany, itu mengesahkan empat pemain telah diuji positif terhadap wabak berkenaan yang bermula di wilayah Hubei, China, akhir tahun lepas.
Justeru, Juve mengambil langkah pencegahan tetapi menegaskan tiada pemain yang menunjukkan gejala dijangkiti wabak itu.
"Kegiatan latihan pasukan Juventus B-23 digantung buat sementara waktu," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kelab itu semalam.
"Langkah pencegahan ini telah diputuskan selepas kami menerima petunjuk dan ia bergantung kepada komunikasi dengan pihak berkuasa kesihatan Alessandria (Kebersihan dan Perkhidmatan Kesihatan Awam -- SISP) dan kakitangan kesihatan kami akan berhubung dengan mereka secara kerap.
"Ini disebabkan penularan kes baru Covid-19 yang timbul beberapa jam terakhir dalam kalangan pemain Pianese AS yang dihadapi Bianconeri di Moccagatta, Alessandria, pada 23 Februari lalu.
"Enam hari selepas perlawanan itu, pemain Juventus tidak menunjukkan sebarang gejala dan berada di bawah pengawasan perubatan. Juventus sering berhubung dengan LegaPro."
Penyebaran koronavirus di Itali menimbulkan kekacauan dalam acara sukan hingga membawa kepada penangguhan di semua peringkat termasuk Serie A.
Beberapa perlawanan hujung minggu membabitkan pasukan utama telah ditunda dengan 'Derby d'Italia' awal pagi esok antara yang akan dipinda ke tarikh yang baru.

#Under23, attività temporaneamente sospesa. https://t.co/joMoaW4HzH pic.twitter.com/1ekHz2Os5Z
— JuventusFC (@juventusfc) February 29, 2020