Skip to main content

Bola Sepak

Koronavirus: Serie A berlangsung tanpa penyokong sampai bulan depan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

serie-a.jpg
Serie A dan semua acara sukan di Itali akan berlangsung di stadium tertutup sehingga 3 April depan atas arahan kerajaan di sebalik kebimbangan penularan wabak novel koronavirus yang baru (covid-19).

Perdana Menteri, Giuseppe Conte, mengumumkan perkara itu semalam selepas isu tersebut menjejaskan jadual bola sepak Itali.

 
Perlawanan Serie A telah dibatalkan selama dua minggu termasuk pertemuan separuh akhir Coppa Italia.

Perlawanan Serie A yang dipinda kepada awal pagi tadi juga gagal diteruskan berikutan hanya sembilan kelab dapat melangsungkan permainan tatala 14 perlawanan diperlukan.

Berbanding membatalkan kesemua acara sukan, jadual perlawanan yang membabitkan wilayah yang tidak terjejas oleh wabak itu boleh diadakan tanpa penyokong sepanjang 30 hari yang akan datang.

Sebanyak 2,502 kes koronavirus telah disahkan di Itali dengan membabitkan 80 daripada 3,199 kematian di seluruh dunia.

Advertisement

Must Watch Video