Detik cukup istimewa buat penyerang Kuantan FA, Zarko Korac, kerana bukan sahaja meledak hatrik buat kali pertama bagi membantu kemenangan besar 4-0 ke atas UKM FC tetapi juga sebagai hadiah hari lahir paling bermakna buat anak lelakinya.
Penyerang dari Montenegro itu mencipta sensasi apabila menjaringkan tiga gol pada separuh masa kedua dalam perlawanan keempat Liga Perdana di Stadium Selayang, hari ini.
Sudah menjaringkan lima gol setakat ini, Korac menganggap jaringan hatriknya itu amat istimewa selain memberi kemenangan sulung buat Kuantan FA.
"Ia adalah perlawanan yang penting bagi kami. Sejak dari minit pertama, kami berusaha dan memulakan perlawanan dengan jaringan awal. Saya fikir kami menguasai perlawanan.
"Ia adalah hari yang istimewa kerana saya menjaringkan tiga gol. Saya boleh katakan saya mempunyai motivasi kerana anak lelaki saya menyambut ulang tahun kelahirannya esok. Ini untuknya," katanya.
Sementara itu, penolong jurulatih Kuantan FA, Rusdi Suparman, menganggap perubahan formasi dengan memberi penekanan di bahagian tengah menjadi formula di sebalik kemenangan tersebut.
"Sebenarnya, pada petang ini, kami ada sedikit perubahan formasi. Kami memberi penekanan yang khusus kepada bahagian tengah agar lebih padat. Alhamdulillah, semuanya menjadi dengan kemenangan 4-0 ini," katanya.
UKM pula sedikit bimbang selepas mengalami kekalahan ketiga, membuatkan jurulatih, Sulaiman Hussein, sedia melakukan rombakan ke atas pasukannya.
"Saya perlu melihat semula sebab kami perlu bangkit secepat mungkin. Tiga kekalahan dan gol yang dibolosi hampir sama, iaitu menerusi serangan balas. Jadi, kami perlu banyak membuat kerja rumah," katanya.
Keputusan lain Liga Perdana:
TFC II 2 UiTM 3
KUANTAN 4 UKM 0
FELCRA 1 MISC-MIFA 1