Pertahanan Singapura, Safuwan Baharudin, mengesahkan bahawa dia tidak lagi bersama Selangor pada musim hadapan.
Itulah realiti yang perlu ditelan apabila khidmatnya tidak lagi diperlukan meskipun masih mempunyai baki kontrak selama satu tahun lagi.
Menjelang saingan baharu, pemain berusia 33 tahun itu memberi bayangan bahawa dia tidak akan tinggal di Malaysia, sebaliknya terbuka untuk kembali ke negaranya demi meneruskan karier.
Untuk rekod, Safuwan bukanlah nama asing dalam kancah Liga Super apabila sudah beraksi selama sembilan musim bermula kemunculan pertamanya bersama LionsXII pada 2011.
Namun, ketika ditemu bual oleh wartawan Singapura, bekas pemain Sri Pahang itu jelas meluahkan kekecewaan selepas difahamkan tiada dalam perancangan barisan kejurulatihan Gergasi Merah pada musim akan datang.
Ia sekali gus, menyaksikan dirinya terpaksa angkat kaki dan mengucapkan selamat tinggal kepada naib juara Piala FA 2024 itu.
Ini merupakan kali kedua Safuwan Baharudin meninggalkan Selangor buat kali terakhir selepas hampir lima musim berbakti kepada kelab tersebut.
Safuwan yang menyertai Selangor pada akhir 2019 memutuskan untuk bersama Negeri Sembilan pada 2023, sebelum dipanggil semula menyertai Selangor pada pertengahan musim hingga kini.
"Saya masih berbaki satu tahun lagi bersama Selangor, tetapi kebenarannya ialah barisan kejurulatihan berkata saya tiada dalam perancangannya musim hadapan.
"Jadi, saya perlu pergi.
"Saya perlu mengatakan bahawa orang ramai perlu tahu saya terbuka meneroka peluang baharu.
"Saya sedikit kecewa. Saya cuba untuk membuktikan sesuatu, namun tiada apa yang tinggal," katanya.

? EXCLUSIVE: Safuwan confirms he’s surplus to requirements at @selangorfc and is open to return home with a @SGPremierLeague club.
— Zia-ul Raushan (@raushansays) June 5, 2025
Who do you think should snap up the Lions’ stalwart? pic.twitter.com/ExxjRf8mek