Skip to main content

Bola Sepak

Kontrak baru tunggu Gattuso

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gennaro-gattuso_1b59qo4dt4u0g18bkvt2rrrrag.jpg
Gennaro Gattuso dijangka diberikan kontrak baru bersama AC Milan selepas pengarah sukan kelab, Massimiliano Mirabelli, menyifatkan proses itu akan berlaku tidak lama lagi.
 
Gattuso dilantik pada November lalu sebagai pengganti sementara susulan pemecatan Vincenzo Montella, untuk mengendalikan pasukan sehingga akhir musim ini.
 
Sejak dia tiba di San Siro, Milan telah menunjukkan peningkatan prestasi bersama bekas pemain tengah Itali itu walaupun disingkirkan oleh Arsenal dalam saingan Liga Europa.
 
Gattuso tampak berpeluang cerah untuk terus kekal bersama Rossoneri selepas membawa pasukannya mengharungi kempen 10 perlawanan tanpa kalah dalam liga, termasuk lima kemenangan dalam lima aksi terakhir.
 
“Kami sedang melakukan persediaan untuk Hari Easter dan menyediakan hadiah. Mungkin kontrak buat Gattuso adalah salah satu daripadanya. Saya tidak rasa wujud sebarang isu.
 
“Saya telah menjelaskan sebelum ini bahawa walaupun anda lebih mengenalinya sebagai pemain, Gattuso bakal muncul sebagai salah seorang pengurus yang sangat bagus dalam masa beberapa tahun lagi, jadi Milan perlu mengekalkannya.
 
“Kami sedang menuju era baru bersama Gattuso kerana percaya dia adalah individu yang tepat buat Milan untuk bangkit dalam masa beberapa tahun lagi.
 
“Apa yang penting, ia akan diselesaikan, cuma masa belum diketahui,” kata Mirabelli.
 
Milan bakal berdepan pendahulu liga, Juventus, Sabtu ini sebelum meneruskan saingan Serie A menentang seteru utama, Inter Milan, pada 4 April.
 

Advertisement

Must Watch Video