Skip to main content

Bola Sepak

Kontrak baru Simeone tiada kaitan dengan Costa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

diegocosta-cropped_1qhfq1z4w6euc1qbb0r5tqjn9x.jpg
Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone, memperbaharui kontraknya baru-baru ini, namun ia bukan disebabkan oleh prospek kehadiran semula Diego Costa ke dalam pasukan.

Perkara itu disahkan oleh presiden, Enrique Cerezo, selepas Simeone bersetuju untuk melanjutkan kontraknya selama dua tahun, sekaligus bakal menyaksikannya berada di Wanda Metropolitano sehingga tahun 2020.

Costa dilaporkan bakal kembali menyertai Atletico pada musim perpindahan Januari, namun Cerezo menolak spekulasi tersebut.

"Kami tidak menunjukkan apa-apa dokumen tentang Costa kepada Simeone.

"Apa yang ada hanyalah kontrak baru Simeone serta perbincangan untuk memperbaharuinya," kata Cerezo.

Bagaimanapun, Cerezo tidak menafikan kemungkinan Atletico akan mendapatkan semula khidmat Costa yang kini disisihkan di Chelsea.

"Kami tidak boleh mendapatkan pemain ini sekarang.

"Mungkin pada Januari, Costa akan sertai kami, atau mungkin ada pemain lain," tambahnya.
 

Advertisement

Must Watch Video