Kongres FAM: Penyelarasan pemegang taruh agenda utama Fathul Bahri

Saufi Tahir
Januari 21, 2025 19:03 MYT
Penyelarsan peranan pemegang taruh menjadi agenda utama calon Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dari Perlis, Datuk Dr. Fathul Bahri Mat Jahya, selepas menawarkan diri bertanding untuk sesi pemilihan kali ini.
Selepas dua bulan mendapatkan pandangan rakan rakan dalam bola sepak akhirnya dia menawarkan diri untuk bertanding pada sesi kongres kali ini.
Ia merupakan sesuatu yang tidak mengejutkan berdasarkan pembabitanya lebih 10 tahun secara konsisten dalam penganjuran di peringkat akar umbi telah membuahkan hasil khususunya menerusi Abata Sports Snd Recreation yang terlibat dengan pelbagai aktiviti bola sepak di Perlis membabitkan pemain-pemain muda di negeri Utara tanah air itu.
"Kami mahu menguatkan lagi daripada aspek polisi dan dasar untuk ada satu penyelarasan agar tidak bertindih. Jadi jika boleh disatukan.
"Jika boleh dilihat daripada perspektif penyelarasan sahaja, satu modul yang boleh dimanfaatkan bersama untuk pembangunan bola sepak negara." katanya.
Untuk rekod 18 nama telah diumumkan layak bertanding bagi jawatan exco FAM yang menawarkan lapan tempat secara keseluruhannya untuk ditandingi.
Kongres bagi penggal 2025/29 akan dilangsungkan di salah sebuah hotel di Subang Jaya pada 15 Februari depan.
Antara fakta menarik tentang calon dari Alor Setar ini adalah beliau merupakan seorang pendakwah islam dan exco pemuda UMNO.
Antara sejarah perkhidmatannya termasuklah selaku penasihat agama di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.
#bola sepak #FAM #Kongres FAM
;