Skip to main content

Bola Sepak

Konflik Lim Teong Kim: Perak FA harap kes selesai secepat mungkin

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ltk.jpg
Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) berharap kelab Perak segera menyelesaikan tuntutan yang dibuat oleh bekas jurulatih, Lim Teong Kim. 

Terdahulu, Mahkamah Perusahaan telah memerintahkan The Bos Gaurus membayar sebanyak RM1.04 juta kepada bekas pengendali skuad remaja Bayern Munich itu ekoran dipecat secara tidak adil.

Pengerusi mahkamah, D. Paramalingam, menegaskan jumlah tersebut dikira berdasarkan baki 16 bulan kontrak dengan bulanan dipersetujui sebanyak RM65,000.

Badan induk tersebut menghormati keputusan itu dan menjadikan ia sebagai pengajaran pada masa akan datang. PAFA dalam masa sama meninggalkan pesanan bahawa pengurusan kewangan tidak boleh dipandang ringan oleh setiap pihak.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @perakfa.official



Untuk rekod, Kelab Seladang itu tidak mengambil bahagian dalam Liga Super musim ini berikutan gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan selepas tidak memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan. 

Sementara Perak di bawah kelolaan PAFA menyertai Liga A1 Semi-Pro. 

Advertisement

Must Watch Video