LIGA INGGERIS

Konate: Motivasi Liverpool tidak luntur jika terlepas pentas Eropah

Ammar Hakim 16/04/2023 | 03:27 MYT
Ibrahima Konate telah berjanji motivasi pasukan tidak akan terjejas jika Liverpool benar-benar terlepas saingan bola sepak Eropah.
Jurgen Klopp telah memastikan kelayakan Liga Juara-Juara dalam setiap enam musim penuhnya sebagai pengurus tetapi terdapat sedikit prospek untuk itu berlaku dalam kempen ini dan tiada jaminan untuk menamatkan tujuh teratas.
Minggu ini mereka berdepan situasi yang bertambah rumit dalam usaha membina semula pasukan susulan keputusan kelab menarik diri daripada perlumbaan untuk menandatangani Jude Bellingham dengan ekonomi terbukti melampaui kemampuan mereka.
Konate bagaimanapun menegaskan kekurangan motivasi tidak akan menghalang Liverpool musim depan malah tidak akan menganggap musim ini sebagai satu kekecewaan.
Dia percaya kemenangan di Leeds awal pagi Selasa nanti akan memberi mereka insentif untuk merampas slot layak ke Liga Europa.
Pemain kebangsaan Perancis itu juga mengetahui bahawa tidak akan terbawa-bawa dengan kekecewaan, setelah mengalami pengalaman itu sebelum ini di pentas final Piala Dunia, di mana Les Bleus tewas kepada Argentina menerusi penentuan penalti serta final Liga Juara-Juara di Paris.
"Sebagai pemain muda, saya sudah pun menghadapi detik-detik sukar untuk dihadapi,’ kata Konate.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Tewas dua perlawanan akhir besar adalah sukar. Mudah-mudahan pada penghujung kerjaya saya, saya akan dapat melihat ke belakang dan berkata, "lihat saya mengalami kekecewaan pada tahun itu tetapi ia memberi saya kekuatan dan motivasi untuk meneruskannya."
"Saya mahu memenangi trofi utama. Itulah matlamat saya. Itulah objektif saya. Ia mendorong saya untuk terus berjaya.
"Saya datang ke dalam pasukan yang hampir memenangi empat trofi. Kami telah memenangi dua serta hanya ketinggalan satu mata lagi untuk memenangi liga dan begitu hampir dengan Liga Juara-Juara."
#Liverpool #EPL #UCL #UEL
;