Skip to main content

Bola Sepak

Konate bakal kembali sertai T-Team

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

t-team_2.jpg
Pasukan berstatus kelab, T-Team, kini dalam usaha mendapatkan bekas bintangnya, Makan Konate, untuk memperkuatkan pasukan itu dalam jendela perpindahan pemain ketika ini.

Penolong jurulatih T-Team, Mohd Azhari Salim, mengesahkan mereka sedang mengadakan rundingan sambil melihat kemungkinan pemain berusia 26 tahun itu sudah pulih daripada kecederaannya.

“Kami akan mengemukakan tawaran bersesuaian kepada ejen Konate dan sekiranya persetujuan dicapai, tiada masalah untuk pemain itu kembali ke Kuala Terengganu.

“Namun, Konate masih perlu menjalani sesi pemilihan bagi memastikan dia benar-benar cergas sepenuhnya,” ujar Azhari.

Dijangka hadir awal bulan depan, bekas pemain Persib Bandung dalam Liga Indonesia itu juga menjalani latihan pemulihan bersama pegawai perubatan T-Team sejak awal musim ini lagi.

Pemain berasal dari Mali itu merupakan watak penting kejayaan The Titans musim lalu tetapi kelibatnya diketepikan untuk saingan 2017 gara-gara kecederaan serius di bahagian lutut.

Perkhabaran itu pasti menimbulkan rasa gelisah awang import yang bakal digugurkan, terutama pemain tengah, Dilshod Sherofetdinov, Mamadou Samassa dan penyerang, Farhod Tadjiyev.

Kedudukan pemain pertahanan, Abdoulaye Maiga, dijangka selamat sekurang-kurangnya sehingga penghujung musim ini.

Menurut Azhari lagi, tiga pemain tempatan, iaitu seorang daripada pasukan Liga Super dan dua daripada pasukan Liga Perdana dijangka memperkuatkan T-Team dan akan tiba hujung bulan ini.

“Kesemua mereka sudah dikenal pasti dan jika semua berjalan lancar, kehadiran tiga tenaga tempatan ini akan menyuntik tonik terbaik kepada kami,” tambahnya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video