Terbukti bukan 'perlawanan pertunjukan' semata, malah ada yang merasai manfaat positif hasil daripada kehadiran gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, di Malaysia.
Terdahulu, The Red Devils tewas mengejut kepada pasukan pilihan terbaik Asia Tenggara, ASEAN All-Stars, dalam siri jelajah pascamusim Maybank Challeng Cup, bulan lalu.
Di sebalik kemeriahan aksi di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) itu, sekumpulan pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Lemoi menerima sumbangan yang tidak dapat dilupakan bagi memberi sokongan dalam sukan bola sepak.
Agensi perhubungan awam, ShekhinahPR bersama perunding pemasaran terkemuka, Pro Events, berkenan menyerahkan peralatan bola sepak yang digunakan skuad kendalian Ruben Amorim dan ASEAN All-Stars kepada murid-murid bertuah tersebut.
ShekhinahPR menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Christopher Raj, turut menghadiahkan 15 pasang kasut (but) bola sepak kepada mereka.
SK Lemoi sebuah sekolah luar bandar yang menempatkan anak Orang Asli di Cameron Highlands, Pahang mempunyai pasukan bola sepak.