Skip to main content

Bola Sepak

Kompany puji watak City di Basel

vincentkompany-cropped_1qdtxdfj3wyvc1lukylx3clt5i.jpg
BASEL 0 MANCHESTER CITY 4

Vincent Kompany memuji kadar usaha yang ditunjukkan Manchester City ketika keadaan sukar apabila mengatasi Basel 4-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah di St. Jakob-Park, awal pagi tadi.


Kompany -- bermain buat kali pertama dalam pertandingan itu sejak kecederaan menyekat penyertaannya dalam separuh akhir 2016 di Real Madrid -- dan rakan sepasukan tengah, Nicolas Otamendi, mengalami beberapa detik mencemaskan berdepan penyerang berbisa, Dimitri Oberlin. 

Tetapi selepas Ilkay Gundogan menyudahkan sepakan penjuru Kevin De Bruyne pada minit ke-14, pendahulu Liga Perdana Inggeris itu terus menggandakan usaha, dengan Bernardo Silva dan Sergio Aguero memanfaatkan peluang untuk mengecewakan penjaga gol Basel, Tomas Vaclik, menerusi jaringan menarik.

Gundogan seterusnya menjaringkan gol kedua peribadi pada minit ke-53 untuk meneruskan penguasaan City.

"Ia selalu kembali kepada perkara sama -- kadar usaha ketika bertahan dan mendapatkan bola," kata kapten The Citizens itu kepada BT Sport.

"Dengan lima pertahanan, mereka agak serupa dengan Chelsea, bagaimana mereka cuba untuk keluar dengan cepat.

"Suasana padang sangat sukar dan ia sejuk. Untuk perlawanan Liga Juara-Juara, kami melakukannya dengan sangat baik sekali," ujarnya.

City berhempas-pulas untuk mendapatkan empat gelaran dan perlawanan kedua menentang juara Switzerland itu diadakan sebelum perlawanan akhir Piala EFL menentang Arsenal dan aksi Liga Perdana bertemu The Gunners dan Chelsea.

Bagaimanapun, Kompany menegaskan Basel tidak seharusnya mengharapkan laluan lebih mudah apabila mereka tiba di Manchester.

"Dalam situasi seperti ini, pada pendapat saya, ia lebih daripada itu," katanya.

"Jika kami mempunyai perlawanan ini di Etihad dan ia 3-2 atau seri 2-2, itu tidak akan memberikan kami perasaan yang baik untuk mara ke pusingan seterusnya.

"Kami tunjukkan bahawa kami adalah pasukan terbaik hari ini dan hanya kekurangan semangat akan menghentikannya di Etihad."

 

Advertisement

Must Watch Video