Vincent Kompany akan berjaya bersama Anderlecht jika dia diberikan masa, kata bekas rakan sepasukannya di Manchester City, Kevin De Bruyne.
Kompany dilantik selaku pengurus-pemain buat kelab Belgium itu pada penghujung musim lalu tetapi menyaksikan peranannya diubah minggu lalu selepas hanya mengutip dua mata daripada empat perlawanan.
Dia disahkan akan bertindak sebagai kapten pasukan sambil tugas taktikal akan dilakukan oleh jurulatih skuad utama, Simon Davies, walaupun langkah itu tidak menunjukkan reaksi positif selepas Anderlecht tewas 1-0 di tangan Genk, Jumaat lalu, dalam aksi yang menyaksikan Kompany mengalami kecederaan.
Walaupun mengalami permulaan sukar, rakan senegaranya dan pemain tengah City, De Bruyne, percaya pemain pertahanan itu akan mengubah nasib pasukannya.
"Dia baru menjadi pengurus selama dua bulan, jadi apa yang anda harapkan? Datang ke sana dan menang setiap perlawanan? Bola sepak bukan begitu," katanya.
"Saya rasa banyak pihak mahu dia gagal kerana untuk bergelar pemain dan pengurus, sesetengah orang tidak menyukainya. Saya sangat mengenali Kompany dan dia mungkin tidak menghiraukan apa yang orang ramai katakan.
"Saya bercakap dengannya beberapa kali dan dia menikmatinya. Selepas menyaksikan perlawanan itu, saya rasa mereka bermain dengan baik tetapi memerlukan seorang penyerang. Namun, saya fikir dia berdepan tugas yang berat.
"Jelas sekali dia tidak bermula dengan baik jika melihat kepada kutipan mata tetapi saya faham situasi itu kerana dia cuba memainkan gaya seperti di City. Saya faham.
"Bola sepak adalah perniagaan di mana anda mendapatkan mata tetapi saya fikir dia akan perlukan masa. Di Belgium, hanya ada satu pasukan akan tersingkir, jadi dia tidak perlu risau tentangnya! Jika diberikan masa, ia akan jadi lebih bagus."