Skip to main content

Bola Sepak

Kolaborasi Harry Kane bersama Google AI bantu mula kehidupan baru di Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

2_74839411.jpg
Kapten England, Harry Kane, mendedahkan menggunakan AI Google, Bard, untuk membantu keluarganya menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di Munich.

Kane meninggalkan Tottenham Ogos lalu untuk menyertai Bayern Munich dan telah menjaringkan 22 gol dalam 20 penampilan bersama kelab Jerman itu.

Ketika Kane sudah mempamerkan taringnya bersama Bayern, dia juga telah menyesuaikan diri di Munich selepas isterinya, Kate, melahirkan anak keempat, Henry, seminggu selepas berkelana ke Jerman.

Keluarga Kane kini dijangka bakal turut kekal lama berada di Jerman selepas pemain berusia 30 tahun itu telah bekerjasama dengan Google dalam memperkenalkan penggunaan aplikasi Bard mampu membantu dalam setiap situasi di dalam dan luar padang.

“Saya teruja kerana kolaborasi dengan Google, terutama dengan produk yang cukup mengagumkan seperti Bard,” jelas Kane.

“Saya menyedari bagaimana potensi AI mampu membantu dalam kelangsungan hidup saya di Jerman dan membantu ahli keluarga saya untuk menikmati kehidupan baru di Munich.

“Bard turut mencadangkan beberapa cara baru untuk meraikan jaringan gol -- nantikannya apabila saya menjaringkan gol!”

Advertisement

Must Watch Video