UEL
Koke jaring gol terpantas untuk Atletico
ATLETICO 2 SPORTING 0
Koke menjaringkan gol terpantas buat Atletico Madrid dalam saingan Liga Europa (UEL) selepas hanya 22 saat ketika meraih kemenangan 2-0 dalam aksi suku akhir pertama ke atas Sporting CP di Wanda Metropolitano, awal pagi tadi.
Pemain tengah Sepanyol itu menghukum kesilapan Sebastian Coates sebaik perlawanan bermula bagi memastikan kemenangan keenam berturut-turut tahun ini.
Iklan
Kegagalan pertahanan Sporting, Jeremy Mathie, mengawal bola dengan baik sekali lagi memberikan peluang buat Rojiblancos, dengan Antoine Griezmann melakukan larian solo ke arah gawang sebelum menyumbat gol buat pasukan sebelum tamat separuh masa pertama.
Kelab Portugal itu memberikan asakan pada penghujung permainan bagi mendapatkan gol di tempat lawan -- pemain gantian, Fredy Montero, gagal menyempurnakan peluang selepas percubaannya melewati palang gol.
Must-Watch Video