Skip to main content

Bola Sepak

KNVB Beker: Gol berganda Huntelaar beri Ajax kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ajax-players-celebrate.jpg
WILLEM II 0 AJAX 4

Klaas-Jan Huntelaar menjaringkan dua gol ketika membantu Ajax menewaskan Willem II 4-0 dalam final KNVB Beker di Rotterdam, awal pagi tadi.


Pemain pertahanan, Daley Blind dan Rasmus Kristensen, masing-masing menjaringkan gol pembukaan dan penutup Ajax di antara dua jaringan Huntelaar itu untuk skuad kendalian Eric ten Hag berkenaan menjulang kejuaraan yang kali pertama diraih dalam tempoh sedekad lalu.

Ajax berkelebihan satu gol ke atas Tottenham Hotspur dalam separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah dan memiliki kelebihan jaringan berbanding PSV Eindhoven untuk kekal selaku pendahulu Eredivisie.

Ia menyaksikan pasukan itu berada di landasan tepat untuk meraih tiga kejuaraan utama musim ini.

Willem II memberikan saingan sepanjang 28 minit pertama, namun dua jaringan dalam tempoh tidak sampai seminit meletakkan Ajax berkelebihan dalam babak pertama selepas Blind menyudahkan hantaran lintang Dusan Tadic manakala Hakim Ziyech melorongkan bola untuk disudahkan Huntelaar.

Hantelaar mematikan perjuangan Willem II pada minit ke-67 selepas mudah menyempurnakan penyudah jarak dekat sebelum Kristensen menewaskan Timon Wellenreuther pada minit ke-76.
 

Advertisement

Must Watch Video