Skip to main content

Bola Sepak

KLWSL: Bandar Tun Razak bergelar juara menerusi kebangkitan sensasi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bandartunrazak.jpg
Perlawanan akhir Liga Super Wanita Kuala Lumpur (KLWSL) 2024 menyaksikan Bandar Tun Razak (BTR) melakar kemenangan untuk bergelar juara kali pertama edisi ini.

Kebangkitan memukau BTR pada masa tambahan menyekat hajat Setiawangsa Rangers yang terpaksa akur selaku naib johan kejohanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, semalam.



Setiawangsa Rangers terlebih dahulu berada di depan menerusi Muskan Abdul Nurin Majid sebelum Nurin Batrisyia menyamakan kedudukan pada saat akhir buat BTR.

Lee Xin Yi muncul penyelamat BTR untuk mengesahkan kejuaraan selepas menyumbat dua gol untuk kemenangan BTR.

Advertisement

Must Watch Video