Miroslav Klose telah dinamakan sebagai penolong kepada ketua jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick.

Bekas penyerang kebangsaan Jerman itu menandatangani kontrak selama setahun yang mula bertugas 1 Julai ini.

Penolong semasa Flick, Danny Rohl, turut melanjutkan kontrak asalnya sehinggan 30 Jun 2023.

"Hansi Flick dan saya sangat mengenali sejak bersama-sama dalam skuad Jerman. Kami saling mempercayai antara satu sama lain," kata Klose, yang bertindak sebagai jurulatih skuad B-17 Bayern sejak dua tahun yang lalu.

"Bagi saya, ini adalah langkah seterusnya dalam karier saya sebagai jurulatih. Saya berharap untuk menggunakan pengalaman yang diperoleh dapat dicurahkan kepada Bayern bagi mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

Flick berkata pula, "Dengan pengalaman yang dimiliki sebagai pemain profesional di tahap yang tertinggi, Miro adalah penambahan yang sempurna buat pasukan kami.

"Kami telah lama mengenali dan telah berbincang dan banyak meraih kejayaan bersama-sama dalam skuad kebangsaan. Danny Rohl masih lagi bersama kami dan ia merupakan berita yang positif bagi staf kejurulatihan pasukan."

Klose, yang bersara pada 2016, memenangi dua gelaran Bundesliga dan Piala DFB sepanjang empat tahun bersama Bayern.

Dia telah membuat 137 penampilan dan menjaringkan 71 gol bersama skuad kebangsaan, di mana dia berjaya melangkah ke final Piala Dunia 2002 dan Euro 2008, sebelum bergelar juara dunia pada 2014.

Pemenang kasut emas 2006 ketika menganjurkan PIala DUnia, Klose merupakan penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut dengan 16 gol.