Miroslav Klose memperoleh tugasan senior pertamanya sebagai ketua jurulatih selepas mengambil alih jawatan untuk menguruskan sebuah kelab Bundesliga Austria, SCR Altach.
Pelantikan bekas penyerang Jerman yang memegang rekod jaringan terbanyak Piala Dunia dengan 16 gol itu diumumkan malam tadi.
Berita itu digambarkan sebagai pelantikan mengejut di Austria dan Altach menjelaskan Klose akan menandatangani kontraknya esok sebelum diperkenalkan kepada umum sehari kemudian.
Bekas penyerang berusia 44 tahun terbabit bersara pada 2016 selepas lima tahun bersama kelab Serie A, Lazio, dan sejak itu pernah bekerja sebagai pembantu pasukan kebangsaan Jerman dan di Bayern Munich.
Dia merupakan ketua jurulatih B-17 Bayern selama dua musim malah sempat bertindak sebagai pembantu pasukan utama kepada Hansi Flick dalam kempen 2020-21.
Altach dalam satu kenyataan mendedahkan bekas rakannya dalam kejurulatihan Bayern, Slaven Skeledzic, turut menjadi penolong jurulatih bermula bulan depan.
Klose mengulas mengenai cabaran terbarunya itu: "Saya tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan tugasan baru di Altach. Sejak awal lagi saya bersikap positif bahawa saya kini berada di tempat yang tepat.
"Perbincangan pertama dengan mereka yang bertanggungjawab sangat terbuka hingga membuatkan saya begitu jelas bahawa saya ingin menggalas tugas ini. Saya tidak sabar-sabar lagi untuk mengenali pasukan, orang dalam kelab ini dan sudah tentu peminat."
Klose sentiasa memenangi kejuaraan berganda -- Bundesliga dan DFB-Pokal -- sepanjang empat tahun bergelar pemain Bayern dari 2007 hingga 2011.

???????? ????? ?? ??? ??????
— SCR Altach (@SCRAltach) June 17, 2022
Ein großer Name im Weltfußball und ab sofort unser neuer Cheftrainer: Herzlich Willkommen Miroslav Klose!
➡️ https://t.co/nKm6GRBLwK pic.twitter.com/MoMta13JhW