LIGA INGGERIS
Klopp tidak gusar situasi kecederaan perut Alisson
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp, berkata Alisson Becker hampir pulih daripada kecederaannya sekalipun dia tidak akan beraksi dalam perlawanan persahabatan The Reds dengan Salzburg, awal pagi esok.
Penjaga gol antarabangsa Brazil itu mengalami kecederaan perut dalam perlawanan pra-musim bertemu Manchester United dua minggu lalu tetapi dia kini hampir kembali pulih menjelang perlawanan membuka tirai bertemu Manchester City dalam Perisai Komuniti di Wembley, Ahad ini.
Kemas kini skuad bimbingan Klopp itu hadir menjelang perlawanan dengan Salzburg yang memulakan kempen liga dengan kemenangan untuk menduduki tempat teratas selepas perlawanan pembukaan.
Iklan
"Kempen di Austria sudah bermula jadi mereka jelas sedang di tahap yang sama sekali berbeza dengan kami. Kami sedia menempuhinya," katanya kepada laman sesawang kelab itu.
Always competitive ??#LFCPreSeason pic.twitter.com/WPImsuyBe9— Liverpool FC (@LFC) July 26, 2022
"Kami mempunyai tiga hari untuk menghadapi permulaan besar musim ini (jumpa City). Jadi, sudah tentu kami perlu membuat perubahan.
"Pertemuan malam ini juga penting, saya masih belum pasti siapa yang patut mengambil bahagian. Kami perlu menilai dan kami akan berdepan perlawanan ini. Ia adalah aksi pra-musim jadi kami perlu melalui dan menghadapinya.
"Diogo Jota tiada di sini, itu jelas tetapi dalam senarai pemain yang tercedera tetapi berada di sini, Alisson paling hampir untuk sembuh -– pastinya bukan untuk Salzburg tetapi kami akan terus memantaunya. Saya fikir dia hampir untuk kembali."
Must-Watch Video