Jurgen Klopp menjangkakan pemain tengah, Naby Keita, yang bakal tiba dari RB Leipzig akan memberi kesan besar kepada pasukannya musim depan sambil pengurus Jerman itu akan melengkapkan beberapa lagi pembelian pemain baru.
Keita akan mengubah haluan daripada Bundesliga kepada Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2018-19 selepas Liverpool bersetuju dengan perjanjian dengan Leipzig untuk ketua pasukan Guinea itu pada awal musim ini.
Pemain berusia 23 tahun itu telah menambat perhatian musim ini, dengan menyumbat enam gol dan membuat lima bantuan jaringan buat Leipzig dan Klopp amat teruja dengan bakal ketibaannya.
“Naby memiliki kualiti untuk memberi kesan besar kepada pasukan sejurus ketibaannya,” kata Klopp, yang berkira-kira untuk memperkuatkan pasukannya berikutan perpindahan Philippe Coutinho ke Barcelona di sebalik ketidaktentuan terhadap masa depan Emre Can yang diura-urakan menarik minat Juventus.
"Dia (Keita) tidak akan bermain dalam Piala Dunia, maka dia akan mempunyai persiapan pra-musim yang penuh bersama kami dan itu akan banyak membantunya.
“Kami juga mungkin menandatangani beberapa pemain lagi pada musim panas nanti kerana kami memerlukan lebih kedalaman dalam pasukan.
"Untuk membawa masuk pemain-pemain yang 200 peratus lebih baik daripada yang kami miliki sekarang adalah sukar tapi kami mempunyai masalah apabila Coutinho berpindah di samping Adam Lallana dan kemudian Emre Can pula cedera.
"Anda tidak boleh mengetepikan kesemua risiko kecederaan. Di sebalik itu, pemain-pemain tetap beraksi cemerlang tapi sudah tentu kami akan cuba memperkuatkan pasukan,” katanya.
Liverpool – yang sedang bersiap menghadapi juara bertahan, Real Madrid, dalam final Liga Juara-Juara pada 26 Mei ini – akan berdepan Chelsea di Stamford Bridge, hari ini.