Klopp terima kenyataan kurang ancaman punca Liverpool tewas
Najmi Iman
April 18, 2024 07:42 MYT
April 18, 2024 07:42 MYT
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, terpaksa menerima kenyataan bahawa pasukannya kurang memberi ancaman berbahaya menyaksikan mereka gagal memberikan tekanan kepada Atalanta BC.
Sepakan penalti yang diberikan pada minit ketujuh sedikit sebanyak telah menimbulkan harapan buat penyokong The Reds untuk kembali semula dalam permainan seperti mana yang pernah dilakukan oleh mereka kepada Barcelona pada tahun 2019 di Anfield.
“Kami tidak tewas dalam perlawanan ini, sebaliknya kami tewas di tempat sendiri.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Atalanta kerana mereka sememangnya layak di puji atas persembahan memukau mereka," kata Klopp.
Pemain kebangsaan Mesir, Mohamed Salah, kelihatan kurang menunjukkan prestasi terbaiknya sejak kembali dari kecederaan hamstring.
Walaupun Salah telah menjaringkan enam gol dalam 11 perlawanan, tetapi dia lebih kerap mensia-siakan banyak peluang yang biasanya akan disudahkan dengan mudah.
“Bukannya dia tidak pernah melepaskan peluang yang ada sebelum ini. Saya mengakui bahawa penalti itu sangat meyakinkan,tetapi peluang yang terhidang seterusnya yang tidak bernasib baik, tetapi ia bukan kali pertama terlepas peluang seperti itu", katanya.